Pengenalan yang singkat itupun bermula dari kakak ku. Aku berkenalan dengan dia oleh kerana dia itu kawan kakak aku. Tapi semuanya hanya sekejap sahaja. Awalnya dia beria-ria nak berkenalan dengan aku..macam-macam kita orang chat dan whatapps .Happy betul masa tu.Sampailah diberi satu peluang untuk kita orang berjumpa.
Waktu itu sekolah aku ada buat carnival jualan besar-besaran. Aku mengajak dia sekali untuk pergi. Itulah pertemuan pertama kita orang. Dia sebenarnya baru balik kerja sebab dia kerja malam masa itu. Aku dah cakap dengan dia awal-awal kalau penat,tak apa.Tak payah susah datang. Tapi dia beria-ria juga nak datang. Aku okey sajalah. Aku pun tunggu dia. Aku bukan seorang,aku ada dengan adik aku dan kawan baik aku.
Bila dia datang tu adalah borak-borak sekejap dengan dia,lepastu aku ajak dia jalan kat dalam sekolah. Dia kata dekat aku , "Tunggu kejap, A nak letak jacket,"..aku pun okeylah nak tunggu.Tiba-tiba adik aku tak sabar..dia gerak dulu. Aku mana boleh biar adik aku sendri,yelah..adik,kan?Mestilah kena jaga..dahlah ramai orang masa tu. Jadi aku terpaksa tinggalkan A.Tak adalah jauh sangat aku tinggalkan dia,aku tunggu dia dekat kantin bila aku dah dapat adik aku. Lama kut aku tunggu,tapi dia tak ada juga.
Aku dah bagitahu dia awal-awal yang henset aku tak ada line bila dah masuk dalam sekolah. Henset aku time tu ngokngek sikit!Tapi mungkin dia tak dengar.Dia call aku,ws aku. Macam mana aku nak angkat?Nak balas?Kalau line pun tak ada..
Aku pun ajak adik aku,kawan baik aku patah balik pergi tempat jumpa A tadi. Sampai je dekat situ, A dah tak ada..motor dia pun tak ada.Aku risau gak.Ingat dia sesat ke apa..tapi rasanya dia balik kut. Kecewa lah juga time tu,yelah bila dia kata dia tetap nak datang jumpa aku..aku gembira kut,berharap sangat.Tapi apakan daya..perjumpaan tu sekejap sangat..sangat-sangat sekejap!
Balik rumah aku terus call dia,aku minta maaf dekat dia..alasan aku sebab aku tak sengaja tinggalkan dia.Walaupun pada hakikatnya aku tak tinggalkan dia jauh pun.Aku masih sekitar tempat jumpa dia time tu.Tapi..entah..benda pun nak jadikan ceritakan?..hurm..sabar jelah..
Masa aku call dia tu,aku menangis kut!Aku ni susah sikit nak menangis pasal lelaki kecuali kalau aku betul-betul sayang kan dia.Hurm...aku minta maaf berkali-kali dekat dia.Dia kata dia maafkan. Aku tahu dia pun mesti kecewa.Yelah..dia sanggup kut balik kerja terus redah nak jumpa aku...memang kesian pun dekat dia.Tapi semua pun dah terjadi..apalah boleh buat..
Lepas kejadian tu,dia dah jarang-jarang contact aku.Tak macam dulu dah. Aku ingat dia still marah aku,merajuk dengan aku. Tapi aku ada je ws dia,contact dengan dia..tapi dia macam malas nak layan aku. Jadi aku pun stop contact dia,aku tak nak menggangu. Waktu tu aku dah mula rindu dekat dia,tapi aku pendam je.Sakit tahu!
Lama tak contact..tahu-tahu je kakak aku cakap,dia dah nak kena pergi.Aku cakap,okeylah tu.Dalam hati..sakit teramat.Dahlah sakit merindu,lepastu nak kena tinggal pergi pulak.Tapi aku tunjuk aku kuat,aku tak nak orang perasan aku lemah.Sakit sangat!!!Tiap malam aku nangis,doakan dia..
Sebelum dia pergi tu,aku call dia.Tak dapat cakap banyak sebab aku asyik nangis je.Aku tahu yang kita orang hanya kawan. Tapi aku sayang dia dah macam SAHABAT!Bukan kawan biasa.Aku call and wish luck dekat dia semua..dan..ahhh!!Akhirkan bab ni..tak sanggup!
Selama beberapa bulan dia pergi,aku berapa kali jatuh sakit.Tak ada siapa pun tahu aku sakit sebab apa..memang tak patut tahu pun.Sebab aku jatuh sakit ialah dia,A. Aku sakit merindu.Hurm..tapi aku sendiri bangkit sampai satu tahap,aku yakin yang aku betul-betul dah lupakan dia.Aku bahagia!
Bila dia balik je...aku terkedu!Sebab apa?Sebab rindu tu datang balik.Rupa-rupanya aku masih tak boleh lupakan dia..macam b****lah!Hurm....aku buat macam biasalah ucap tahniah bagai..lepastu aku saja chat dia,apa yang aku jangka sebelum dia balik tu betul!Aku jangka dia mesti lupa aku dan tak nak contact aku. Bila aku chat dia,dia balas lambat dan kadang tak balas langsung!HAHA..so st****!
Lagi sekali aku stop contact dia..sampai sekarang.Cuma kalau like moment bagai tu adalah.Sakai!Dia tak suka aku chat dia,tapi dia suka chat dengan kakak aku. Aku fahamlah. Kakak aku tu lagi lama kawan dengan dia.So..okeylah.
Raya baru-baru ni banyak gila kes kemalangan.Aku risau pasal dia.Entah bila nak lupakan dia entah.Bukan tak cuba..banyak kali dah..macam b**** je,tup tup teringat balik pasal dia.Ahh!Tension! AKu pun ucap SHR bagai dan suruh dia hati-hati..dia pun balas "TQ sbb ingat"..okey!
Lepastu macam-macam cara lagi aku cari supaya boleh lupakan dia.Macam g***..tak juga jumpa!Aku stop!Aku ikut je macam mana perjalanan cerita ini berakhir..lantaklah.Tapi tulah bila aku ikut perjalanan cerita ini,aku derita!Tup tup sekarang dia dah berpunya..okey..lepas dia balik tu baru aku sedar yang aku suka dia.Macam b***h,kan?Sebab tu risau bukan main..
Sekarang bila tahu dia dah berpunya..lagi sakit hati aku.Nak je aku jerit dekat telinga dia, "Weyh lain kali jangan datang dalam hidup aku!Aku sekarang suka kaulah!Kau boleh lagi bahagia dengan orang lain!Patutnya aku dekat tempat kau!Biar kau je suka aku,aku bahagia dengan orang lain!Biar padan muka kau!"..tapi tulah..tak boleh nak jerit dekat telinga dia..Nak buat macam mana?
Lagipun bukan salah dia..hati dia berubah pun dan semua jalan cerita ini dan juga apa yang aku lalui semuanya Allah SWT yang tentukan. Dalam rela tak rela,aku kena terima juga. Allah SWT tahu apa yang terbaik buat aku dan apa yang terbaik buat dia. Kalau dah memang dia untuk aku,dia berubahlah macam mana sekalipun..dia tetap akan dengan aku. Tapi kalau Allah SWT dah tetapkan dia bukan untuk aku..aku usaha lah macam mana sekalipun..dia tetap tak akan jadi milik aku!Aku kena kuat,cekal dan tabahkan hati aku terima ujian dari-Nya.Aku harap aku dapat bersabarlah..Allah SWT takkan menguji seseorang hamba-Nya itu dengan dugaan yang sangat berat melainkan hamba-Nya itu mampu menempuhinya..hah,kalau terabur..maaflah!Tapi aku rasa boleh je kut faham..okeylah..penulisan aku berakhir di sini..tapi untuk pengetahuan korang..cerita aku ni masih belum berakhir..aku ikut jelah sampai pengakhiran kisah aku ni. Mungkin dengan aku tahu dia dah berpunya..mana tahu aku boleh move on..kan?Hurm..harap sangatlah..masih terlalu awal untuk bercinta..masa depan aku jauh lagi baik dari kisah ni..mungkin dengan focus pada masa depan,aku dapat lenyapkan dia dari otak aku. Mana tahu..tak salah mencuba,kan?Okelah..bye korang!Jangan lupa..teruskan tersenyum dalam menghadapi dugaan hidup,oke?!